Polisi Pemulangan

Polisi Pemulangan


Jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi berurusan dengan Pusat Borong Baju.

Kami di Pusat Borong Baju sentiasa memastikan pelanggan mendapat yang terbaik dan memuaskan hati.

Di Pusat Borong Baju, setiap item yang dibeli adalah dijamin dan pelangan boleh menukar saiz atau rekaan jika item yg diterima tidak sesuai atau tidak menepati citarasa.
 

POLISI PENUKARAN DAN PEMULANGAN

1) Setiap belian dari pusat Borong Baju dijamin 7 hari dari tarikh pesanan di POSLAJU.

2) Setiap item yang hendak ditukar atas sebab-sebab yang dipersetujui mestilah di hantar ke Pusat Borong Baju dalam tempoh 7 hari tersebut.

3) Kos penghantaran balik ke Pusat Borong Baju adalah 100% dibiayai oleh pelanggan jika  sebab penukaran adalah dari pelanggan yang:

    Tukar saiz
    Tukar design
    Produk tidak menepati citarasa

4) Bayaran kos POSLAJU balik semula ke pelanggan adalah juga dibiaya oleh pelanggan. Tetapi, utk membantu, Pusat Borong Baju akan membiaya 50% kos tersebut. Jumlah perlu dibayar akan dimaklumkan melalui Email.

5) Pemulangan adalah digalakkan menggunakan khidmat POSLAJU

6) Item yang di pulangkan mesti dalam keadaan seperti asal.

    Baju dilipat sempurna.
    Tag masih sempurna di baju.
    Baju tidak rosak.
    Baju tidak kotor.
    Baju tidak busuk.
    Baju tidak kusut.
    Masih dalam tempoh Jaminan(7 Hari)

7) Setelah penghantaran ke Pusat Borong Baju dilakukan, pelanggan bertangungjawab untuk memaklumkan kepada kami menerusi Email yang sama.(Elakkan buat email baru untuk rekod).

8) Pihak Pusat Borong Baju akan meneliti setiap item yang dipulangkan MESTI menepati kriteria di 6). Jika panel kami mendapati item yang diterima tidak menepati kriteria@ROSAK, pemohonan penukaran atau refund akan dibatalkan. Dan item akan dipulangkan semula ke pelanggan selepas pelanggan menjelaskan bayaran POSLAJU semula.

9) Untuk kes bayaran balik, 100% bayaran balik adalah berdasarkan harga baju yang dibeli sahaja.Kos poslaju tidak akan di pulangkan.

10) Selepas email dihantar,segala komunikasi boleh dilakukan melalui email dari ID Belian Baru.